1. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar. Semasa membentangkan proses P&P, guru boleh dikatakan modelling dengan Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat. Hasilan guru daripada kraftangan, lukisan atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) hendaklah bermutu tinggi. Sebagai contoh, guru membuat origami berbentuk sebuah kapal terbang daripada kertas sebagai BBM dalam subjek Perdagangan Tingkatan 4 dibawah subtopik Pengangkutan udara. Pelajar-pelajar akan timbul minat untuk melihat dan menjana pemikiran kreatif terhadap penghasilan yang lebih baik berbanding yang telah guru pamerkan. Pelajar-pelajar akan mempunyai kecenderungan meniru guru mereka dan menganggap guru sebagai role model.
2. Selain itu, guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Cara ini boleh dilakukan dengan melakukan pembelajaran secara pembelajaran koperatif yang merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar akan meniru setiap gaya rakan-rakan mereka yang terbaik dan cemerlang sebagai role model.
3. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi. Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan sebuah cerita. Semasa bercerita, guru turut melakonkan watak dengan gaya dan mimik muka yang menarik perhatian para pelajar untuk mendengarnya.
4. Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi. Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Setiap pelajar yang dapat menyelesaikan masalah semasa aktiviti di dalam kelas dijalankan atau latihan pengukuhan. Apabila pelajar yang dapat menyelesaikan dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti pujian, tanda simbol bintang di buku / kertas latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan lain-lain yang diberikan secara berterusan. Oleh itu, pelajar-pelajar akan bersaing dengan meniru pelakuan dan tingkah laku di persekitarannya yang mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar cemerlang. Pembelajaran akan berlaku secara positif dan pelajar berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Melalui peneguhan yang positif akan menimbulkan semagat motivasi dalam setiap diri pelajar.
Mohon nak share.. :-)
ReplyDelete