Sunday, August 8, 2010

Model Pengajaran Sosial

Model Pengajaran sosial merupakan model yang diterbitkan melalui teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura. Proses model ini dilakukan atau dapat diperhatikan melalui pemerhatian dan peniruan. Prinsip model ini adalah :

CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA

1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain -lain.
3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kece kapan demontrasi guru sebagai
model.
4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang
berpatutan.
5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku
atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.


Prinsip-prinsip yang ternyata di atas sebenarnya merupakan asas kepada teori pembelajaran sosialis. Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama iaitu setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain atau secara ringkasnya islah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu yang memerhati merupakan individu yang sedang mengalami proses pembelajaran manakala individu yang diperhatikan merupakan model. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang memerhati merupakan para pelajar manakala individu yang menjadi model adalah guru yang mengajar. Para pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah laku dan juga sikap yang akan dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang guru untuk menyediakan informasi yang betul dan pengendalian penyampaian maklumat yang efektif agar para pelajar dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang diajar.

Konsep permodelan ini sebenarnya merupakan salah satu peniruan seseorang individu terhadap pemerhatian yang dilakukan. Dalam proses pembelajaran melalui permodelan atau peniruan, individu yang meniru akan melengkapkan empat langkah tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Langkah pemerhatian adalah proses di mana pemerhati atau peniru itu melihat tingkah laku individu yang ingin ditiru. Selepas itu, tingkah laku yang ditiru itu akan diingatkan iaitu dalam langkah penyimpanan. Apabila individu yang meniru ini didedahkan kepada situasi yang sama, dia akan menghasilkan tingkah laku yang serupa dengan tingkah laku yang diperhatikan. Ini merupakan langkah pengeluaran. Sekiranya tingkah laku si peniru itu mendapat pujian atau peneguhan positif, tingkah laku itu akan dipergiatkan lagi. Sekiranya perkara yang sebaliknya yang berlaku maka tingkah laku tersebut tidak akan diulangi oleh si peniru.

Sebenarnya terdapat lagi satu keadaan di mana model yang diperhatikan oleh si peniru mendapat hukuman selepas melakukan tingkah laku yang tertentu. Sebagai hasilnya, si peniru tidak akan melakukan tingkah laku yang diperhatikan daripada model tersebut. Hal ini melihatkan pembelajaran sebagai proses yang tidak menghasilkan tingkaha laku seperti yang dijelaskan dalam prinsip yang kedua iaitu proses pembelajaran akan berlaku sama ada terdapat perubahan tingkah laku atau tidak. Dalam keadaan pemodelan ini, si peniru sebenarnya telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah sesuatu yang tidak betul. Oleh itu, si peniru tidak melakukan tingkah laku yang diperhatikan. Lantas, tiada sebarang perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan dalam diri si peniru tetapi si peniru telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah tidak wajar untuk dilakukan.


Teori pembelajaran sosial sebenarnya boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru boleh mengaplikasikan jenis-jenis peniruan yang diperkenalkan dalam teori pembelajaran sosial ini semasa proses pengajaran. Para pelajar pula akan melengkapkan empat langkah pembelajaran dalam teori ini iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Moativasi ialah aspek peneguhan yang biasanya disetus oleh guru yang menjadi model kepada teori pembelajaran ini.

Berikut merupakan gambar rajah yang kami sediakan sebagai model pembelajaran yang boleh diaplikasikan di sekolah.



Model pembelajaran di atas boleh dilakukan terutamanya apabila guru ingin menunjukkan atau mengajar muridnya sesuatu teknik atau kemahiran. Sebagai contohnya dalam amali subjek Biologi yang mengkaji proses osmosis dengan menggunakan rod ubi kentang. Guru ingin mengajar anak muridnya cara atau teknik yang betul untuk memotong ubi kentang dalam bentuki rod.
Pertama sekali, guru harus memastikan hasil pembelajaran yang diingini. Dalam sesi pengajaran pelajar menghasilkan rod ubi kentang, guru akan memastikan pelajarnya mempunyai perkembangan baru aspek psikomotor di mana pelajar mampu menghasilkan rod ubi kentang untuk menjalankan amali pada hati tersebut. Secara
langsung, perkara ini juga akan memberi pengalaman dan pengetahuan baru kepada para
pelajar yang terlibat.

Seterusnya, proses pembelajaran dan pengajaran akan melibatkan aktiviti di mana guru akan mendemonstrasikan cara menghasilkan rod ubi kentang dengan menggunakan penebuk T. Para pelajar akan memerhatikan guru dalam menghasilkan rod ubi kentang itu. Selepas itu, guru membiarkan para pelajar melakukan aktivit tersebut. Keadaan ini akan membenarkan para pelajar untuk mengalami diri sendiri cara dan teknik yang betul untuk menghasilkan rod ubi kentang tersebut. Pada masa yang sama, guru harus memerhatikan para pelajar agar mereka tidak tersilap konsep atau melakukan kesilapan.

Pada penghujung kelas, guru boleh memilih untuk menguji para pelajarnya secara verbal atau bertulis berkenaan dengan cara untuk menghasilkan rod ubi kentang. Sekiranya para pelajar memberikan jawapan yang tidak tepat, guru harus membetulkan dengan segera dan memberitahu para pelajar kesilapan mereka. Sekiranya para pelajar dapat menjawab soalan guru dangan tepat, maka guru harus memuji para pelajarnya sebagi salah satu peneguhan positif untuk menggandakan lagi tingkah laku yang baru ditiru. Walaupun terdapat pelajar yang gagal untuk mempelajari teknik menghasilkan rod ubi kentang tersebut, guru juga harus memberikan dorangan dan sokongan agar mencuba lagi sehingga berjaya. Perkara ini adalah seperti prinsip teori pembelajaran sosialis di mana tiada perubahan tingkah laku tidak bermaksud si peniru tidak mempelajari sesuatu. Mungkin pelajar tersebut telah berjaya meniru teknik yang ditunjukkan tetapi memerlukan masa yang lebih panjang untuk menghasilkan atau melakukan teknik yang ditiru daripada gurunya. Dengan lengkapnya keempat-empat langkah ini maka model pembelajaran ini dikatakan telah berjaya dilaksanakan.


Menurut ahli teori sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja merangsang murid-murid kita secara rasional, bahkan secara intelek. Oleh yang demikian, mereka mengesyorkan agar guru memberi tugas pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan interaksi sosial bagi mencapai maklumat tersebut.

Apabila murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas, mereka akan menjana tenaga berbentuk kolektif yang dipanggil sinergi. Bagi memaksimumkan fenomena ini, kita akan dapat mengembangkan cara-cara seelok-eloknya kita bentuk komuniti pembelajaran. Contohnya ialah melalui budaya sekolah yang positif, murid-murid dapat dikembangkan lagi cara-cara berinteraksi yang lebih berintegrasi dan produktif dan seterusnya menyokong aktiviti pembelajaran yang lebih aktif.

No comments:

Post a Comment