Teori pembelajaran merupakan asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam institusi pendidikan. Teori-teori ini dikuasai dan dilaksanakan oleh seorang guru yang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya. Secara definisi secara kasar, pembelajaran merupakan satu proses perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku ini akan berlaku selepas seseorangindividu itu mempelajari sesuatu yang baru yang menjadikan dirinya lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum proses pembelajaran berlaku.
Setiap individu akan mempelajari sesuatu atau mengalami proses pembelajaran melalui pelbagai cara mengikut kesesuaian dan juga kecenderungan masing-masing. Ahli-ahli falsafah telah mengkaji dan meneliti cara-cara pembelajaran yang diaplikasikan oleh individu-individu yang berbeza. Mereka juga telah mengelaskan cara-cara pembelajaran ini kepada beberapa kategori yang dikenali sebagai teori pembelajaran humanis, teori pembelajaran behavioris, teori pembelajaran kognitif, teori pembelajaran sosial dan teori pembelajaran konstruktivisme.
Dalam perbincangan ini, kita akan melihat kepada salah satu teori pembelajaran yang diperkenalkan iaitu teori pembelajaran sosial. Teori pembelajaran ini diperkenalkan oleh Albert Bandura (1925=kini). Teori pembelajaran sosial ini berasal daripada konsep asas tingkah laku manusia yang dibentuk melalui proses pembelajaran yang dipengaruhi oleh peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam penyelidikan awal yang dijalankan oleh Ivan Pavlov, John Watson dan B.F. Skinner pada haiwan dalam makmal. Penemuan ini dianggap terlalu mudah dan tidak menjelaskan teori pembelajaran manusia dengan terperinci. Lantas, perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan para penyelidik.
Memandangkan perkara demikian, pada tahun 1977, Albert Bandura telah memperkanalkan teori pembelajaran sosial dengan meneliti semula konsep dan penerapan yang telah ditekankan oleh Julian Rotter dalam buku ³Social Learning and Clinical Psychology´ (1954) serta penyelidikan awal Miller dan Dollard dalam buku ³Social Learning and Imitation´ (1941)
No comments:
Post a Comment