Strategi Proses
1. Analisis Tingkah Laku Yang Akan Dijadikan Model Terdiri Daripada:
a. Apakah karakteristik dari tingkah laku yang akan dijadikan model itu
berupa konsep, kemahiran motor atau efektif?
b. Bagaimanakah urutan atau sekuen dari tingkah laku tersebut?
c. Dimanakah letaknya hal-hal yang penting (key point) dalam sekuen
tersebut?
2. Tetapkan fungsi Nilai dari Tingkah Laku dan Pilihlah Tingkah Laku Tersebut
Sebagai Model.
a. Apakah tingkah laku (kemampuan yang dipelajari) merupakan hal yang
penting dalam kehidupan dimasa datang? (Success prediction)
b. Bila tingkah laku yang dipelajari kurang memberi manfaat (tidak begitu
penting) model manakah yang lebih penting?
c. Apakah model harus hidup atau simbol? Pertimbangan soal pembiayaan, pengulangan
demonstrasi dan kesempatan untuk menunjukkan fungsi nilai dan tingkah laku.
d. Apakah peneguhan yang akan didapat melalui model yang dipilih?
3. Pengembangan Sekuen
a. Untuk mengajar motor skill, bagaimana cara untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan/ kemampuan yang dipelajari: how to do this dan bukannya not this.
4. Implementasi pengajaran untuk menunut proses kognitif dan motor reproduksi.
A. KEMAHIRAN MOTOR
1) Hadirkan model
2) Beri kesempatan kepada tiap-tiap pembelajar untuk latihan secara simbolik
3) Beri kesempatan kepada pembelajar untuk latihan dengan timbal balik
visual.
B. PROSES KOGNITIF
1) Tampilkan model, baik yang didukung oleh kod -kod verbal atau petunjuk
untuk mencari konsistensi pada berbagai contoh.
2) Jika yang dipelajari adalah pemecahan masalah atau strategi penerapan
beri kesempatan pembelajar untuk berpertisipasi secara aktif.
3) Beri kesempatan pembelajar untuk membuat generalisasi dalam berbagai situasi.
Dari huraian tentang teori belajar sosial, dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Belajar merupakan interaksi segitiga yang saling berpengaruh dan mengikat antara
lingkungan, faktor-faktor personal dan tingkah laku yang meliputi proses - proses
kognitif belajar.
2. Komponen-komponen belajar terdiri dari tingkah laku, bahagian-bahagian
terhadap model dan proses -proses kognitif pembelajar.
3. Hasil belajar berupa kod-kod visual dan verbal yang mungkin dapat dimunculkan
kembali atau tidak (retrievel).
4. Dalam perancangan pembelajaran yang kompleks, disamping pembelajaran -
pembelajaran komponen-komponen skill itu sendiri, perlu ditumbuhkan sense of efficacy dan self regulatory pembelajaran.
5. Dalam proses pembelajaran, pembelajar sebaiknya diberi kesempatan yang cukup
untuk latihan secara mental sebelum latihan fizik, dan reinforcement dan
hindari punishment yang tidak perlu.
TEORI PENIRUAN (MODELING)
Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologii, iaitu Neil Miller dan John Dollard - dalam laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut oleh Miller dan Dollard dinamakan "sosial learning" - "pembelajaran sosial". Perilaku peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh imbalan ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya. Menurut bandura, sebagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui peniruan (imitation) maupun penyajian contoh tingkah laku (modelling). Dalam hal ini orang tua dan guru memainkan peranan penting sebagai seorang model atau tokoh bagi kkanak-kanak-kkanak-kanak untuk menirukan tingkah laku membaca9.
Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963)10, telah melakskkanak-kanak-kkanak-kanakan eksperimen lain yang juga berkenaan dengan peniruan. Hasil eksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku hanya melalui pengamatan terhadap perilaku model (orang yang ditiru) meskipun tanpa sebarang peneguhan. Proses belajar semacam ini disebut "observational learning" atau pembelajaran melalui pengamatan. Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori pembelajaran sosial diperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpa memberi pertimbangan terhadap proses mental seseorang.
Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroo dalam video. Setelah menonton video kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat patung tersebut, mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video (Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004).
Proses-proses yang terlibat dalam Teori Pembelajaran Peniruan
Proses-proses yang terlibat dalam teori pembelajaran peniruan adalah :
i) Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.
Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat melakukan promosi ketika mengajar mata pelajaran Perdagangan tingkatan 4, di mana memerlukan pergerakan sebagai watak ‘promoter/ penjual yang sedang mempromosikan produk dengan menggunakan iklan secara jualan langsung dan pelajar meniru secara langsung.
ii) Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut.
iii) Proses tiruan melalui elisitasi
Proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.
Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu timbul keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginannya untuk meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.
Perkembangan kognitif kanak -kanak mengikut pandangan pemikir islam yang terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan kanak -kanak hendaklah diasuh dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih susah iaitu mengikut peringkat-peringkat dan kanak-kanak hendaklah diberikan dengan contoh -contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, kanak - kanak hendaklah diajar atau dibentuk dengan lemah lembut dan bukanya dengan kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kanak -kanak tidak boleh dibebankan dengan perkara -perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak mahu belajar dan mencerca pengajaran yang
disampaikan (Nadira Anis Syarina Hamidi,Nur Fatiha Azam & Nur Hazwani Hamzah
2009).
4 UNSUR UTAMA DALAM PENIRUAN
Untuk pembelajaran pemerhatian wujud a dalah penting untuk individu berkenaan
berbuat demikian:
1) Tumpuan ('Attention')
Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Sosial Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku.
2) Penyimpanan ('Retention')
Subjek yang memerhati harus mengekod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini
membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.
3) Penghasilan ('Reproduction')
Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen -komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan.
4) Motivasi
Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah penggerak
individu untuk terus melakukan sesuatu.
Antara model-model yang terkandung dalam kumpulan model sosial ialah:
1. Pembelajaran koperatif
2. Main peranan
3. Simulasi
Model-model ini merupakan pendekatan pembelajaran yang dapat digunakan di kelas dengan melibatkan murid-murid secara aktif seupaya mereka memperoleh pengalaman dalam menuju kematangan.
1.Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif berfokuskan perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja berkumpulan yang diutarakan oleh Slavin dan Johnson. Pembelajaran sebegini juga memberi impak kepada pencapaian akademik dan harga diri murid-murid yang berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana, pertamanya melalui kerja berkumpulan, murid-murid belajar bersama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran penting. Di samping itu, mereka berfikir mengenai cara-cara penyelesaian bagi masalah yang timbul. Kedua, mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. Dalam pada itu, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang.
2.Main peranan
Main peranan sangat membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. Selain itu, ia juga membantu murid mengumpul dan mengurus maklumat mengenai sosial, mengembangkan sifat empati terhadap orang lain dan menambahkanbaikkan kemahiran sosial mereka. Main peranan dilaksanakan dengan mengkehendaki murid berlakon watak-watak berdasarkan satu situasi hipotetikal yang telah dikenalpasti. Misalnya, mereka perlu berlakon konflik yang timbul dan memainkan watak watak yang berkenaan. Hasinya, murid akan lebih peka terhadap masalah sosial yang timbul dalam kehidupan seharian, seterusnya memperoleh celik akal bagi menangani masalah tersebut. Ahli teori berpendapat bahawa main peranan amat berguna dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial di mana murid-murid dapat memahami keprihatinan, nilai dan perspektif orang lain.
3.Simulasi
Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid-murid. Di dalam pengajaran, simulasi digunakan untuk mewujudkan satu mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran. Aktiviti yang dijalankan mencerminkan keadaan realiti. Murid melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa dalam sesuatu keadaan yang teratur. Sosiodrama dan main peranan adalah contoh simulasi. Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan disediakan terlebih dahulu seperti Hang Tuah dan Hang Jebat. Main peranan ialah lakonan spontan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah. Aktiviti lakonan ini biasanya berdasarkan kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul.
No comments:
Post a Comment