Tuesday, August 17, 2010

Eksperiman Pembelajaran Sosial

EKSPERIMEN 1

KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul,
menumbuk, menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo.

Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.

KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan
patung besar Bobo.

Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.

Rumusan: Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan.




Gambar rajah di atas menunjukkan salah satu contoh kanak-kanak yang bertindak agresif terhadap patung Bobo selepas menonton video yang diberikan.

EKSPERIMEN 2

Dalam eksperimen Bandura yang kedua, kanak-kanak tadika dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C.

Kumpulan A : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk patung Bobo
dan kemudian menerima hadiah.

Kumpulan B : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk patung Bobo
dan kemudian mendapat denda.

Kumpulan C : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa bermesra dengan patung
Bobo. Hasilnya,kanak-kanak kumpulan A menunjukkan tingkah laku yang
lebih agresif daripada orang dewasa yand diperhatikan.

Kumpulan B
dan C : tidak menunjukkan tingkah laku yang agresif. Daripada eskperimen
ini, Bandura merumuskan bahawa tingkah laku peniruan atau
permodelan adalah hasil daripada peneguhan dalam teori
pembelajaran behavioris.

No comments:

Post a Comment