Sunday, August 8, 2010

Biodata Tokoh : Albert Bandura





Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan di sana. Semasa di University of British Columbia, beliau menaiki bas awal kerana terpaksa berebut dengan pelajar jurusan lain memandangkan kelas pengenalan psikologii adalah satu -satunya kelas yang paling awal diadakan di universiti tersebut.

Kemudian, beliau melanjutkn pelajaran ke Universiti Iowa dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologii pembelajaran yang terkenal pada ketika itu.

Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi4. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun 1952. Setahun setelah lulus, ia bekerja di Standford University. Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen. .

Beliau kemudiannya mengahwini Virginia Varns, seorang guru di kolej kejururawatan dan seterusnya pindah di Iowa Kansas selepas menamatkan pengajiannya. Selain itu, dalam tahun 1952, selepas mendapat gelaran ph.D, Albert Bandura telah menamatkan praktikum di Wichita Guidance Centre dan seterusnya dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford. Pada tahun 1964, Albert Bandura telah dilantik sebagai profesor dan Seterusnya menerima anugerah American Psychological Association untuk Distinguished Scientific Contribution, pada tahun 1980 .

Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mula meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelaran doktor sebagai pekerja di makmalnya. Bagi pendapat Bandura, walaupun prinsip bela jar cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma behaviorisme.

Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura menjabat sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972.

Semasa bertugas sebagai tenaga pengajar, Beliau sangat disayangi oleh pelajar-pelajarnya kerana sikap beliau yang ambil berat dan sanggup memberi bantuan maklumat yang mereka perlukan.

No comments:

Post a Comment