Saturday, September 18, 2010
Analisis SWOT Model Pengajaran Sosial
Strengthness / Kekuatan
1. Model sosial dapat mengembangkan kreativiti murid-murid kerana mereka dapat melakukan sesuatu atau memain peranan dalam sesuatu berkaitan tajuk yang disimulasikan kepada mereka.
2. Model ini dapat dijadikan bekal kepada murid-murid dalam situasi sebenar pada masa akan datang dalam keluarga, masyarakat mahupun kehidupan seharian dan kerjaya mereka.
3. Melalui model ini, murid-murid dapat menambah minat mereka terhadap proses pembelajaran dan berusaha untuk memberikan tumpuan semasa pembelajaran dan menerima input yang berguna dan ilmu yang dipelajari pada hari tersebut.
4. Model ini juga memupuk keberanian dan keyakinan dalam diri pelajar apabila melakukan sesuatu aktiviti sebagai contoh membaca petikan secara kuat dalam kelas.
Melalui pembelajaran sosial juga, murid-murid dapat memperkaya pengetahuan dan sikap mereka semasa berhadapan dalam sesuatu situasi sosial.
Weakness / Kelemahan
1. Pengalaman yang diperorleh oleh seseorang murid itu tidak semestinya tepat dan sesuai dengan kenyataan di lapangan. Hal ini kerana semasa proses pembelajaran murid-murid tidak mempunyai pengalaman sedia ada berkaitan tajuk pembelajaran dan ini memungkinkan mereka tidak aktif semasa proses pembelajaran berlaku dan tidak dapat mengembangkan idea mereka.
2. Model pembelajaran ini juga kelihatan lemah kerana sikap murid-murid yang merasa malu dan takut membuatkan mereka tidak dapat menguasai dan tidak sesuai untuk menjalanni pembelajaran sosial dengan mudah.
3. Perancangan yang salah juga menjadi punca kelemahan model ini. Hal ini kerana guru mengajarkan lebih kepada teknik hiburan seperti nyanyian sehingga tujuan utama pembelajaran pada hari tersebut gagal dicapai.
Opportunities / Peluang
1. Murid-murid akan lebih yakin apabila terdapat persaingan untuk melakukan sesuatu perkara dan peluang untuk mereka mendapatkan sesuatu yang lebih tinggi.
2. Peluang murid-murid untuk berdikari dapat dilakukan dan mereka sendiri dapat meningkatkan daya kreativiti yang ada supaya dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik dan sempurna.
3. Memberi ruang kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan semasa pembelajaran berlaku dan dapat berfikir dengan lebih baik serta mampu bekerjasama dalam kumpulan dan bersosial dengan orang sekeliling mereka.
Threats / Ancaman
1. Dalam model ini, ancaman akan berlaku apabila murid-murid melakukan peniruan setiap yang dilakukan tanpa melihat kesan yang akan berlaku terhadap perlakuan yang dilakukan sama ada baik atau buruk.
2. Melalui model ini, murid-murid tidak mempunyai jati diri atau idea sendiri kerana terbiasa dengan peniruan yang ditunjukkan tanpa menggunakan idea baharu atau melakukan sesuatu tindakan yang baru berkaitan dengan peniruan yang dilakukan.
3. Murid-murid akan mendapat masalah sekiranya mereka diajar melalui peniruan orang yang tidak dipercayai kerana mereka akan terikut-ikut dengan perlakuan yang dilakukan dan seterusnya melakukan peniruan kerana melihat kepada model yang ditunjukkan kepada mereka untuk ditiru.
4. Melalui pergaulan, gejala sosial yang negatif akan berlaku melalui pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti berkumpulan sekiranya guru tidak memainkan peranan yang baik dalam aktiviti tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment